Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman tentang kadar radiasi di Malaysia

Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati semasa menerima sebarang maklumat yang disebarkan melalui sumber tidak rasmi contohnya sms, email atau media sosial (facebook, twitter) kerana maklumat yang kurang tepat mungkin boleh menyebabkan kekeliruan dan mengakibatkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai) tidak menunjukkan sebarang peningkatan paras sinaran di mana paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal.
(Rekod bacaan Paras Sinaran Radiasi) "Environmental Radiation Monitoring System", di Stesen Senai, Johor (Bacaan dari 1 Januari hingga 16 Mac 2011) adalah < 0.2 uSv/Jam)

Sehubungan dengan itu, orang awam diseru supaya yang mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi iaitu pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

-  Kenyataan Akhbar: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
    i)  15 March 2011
    ii) 14 March 2011

No comments:

Post a Comment